Saturday, April 30, 2011

Renungan Kasih Sayang...

بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak post pasal satu artikal yang baru je aku baca, agak menarik,
mohon sharedekat tuan dia, terus paste kat sini, :D
_____________________________________________________________________



Pernahkah anda menatap orang-orang terdekat anda ketika saat dia sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun boleh nampak
biasa dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur, tak akan nampak wajah
bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita,
anak-anaknya...
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan
pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah.
Lihatlah ibu anda
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh
bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah
bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus
dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang ada dalam hari-hari suka dan duka
bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi
dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul jika
mengingati itu semua.

____________________________________________________________________

Artikal yang dikongsi ini hanya untuk dijadikan sebagai satu suntikan supaya kita terus
maju kehadapan, sayangilah mereka, selagi mereka masih ada bersama.

SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Kiamat - pers0alan & peringatan buat manusia akhir zaman...

Assalamualaikum....

Entri kali nie berkisar tentang kesedaran buat teman seagama... hari kiamat, the end of the day, the day after tomorrow, mcm2 org prkatakan..ade yg percaya ade yg tidak, ade yg percaya tp sikit pon xamik peduli..sbb kiamat suatu kejadian yg masih kabur di mata pandangn mereka..buat kite umat islam, percaya pada qada dah qadar segala ketentuan Illahi, yg Maha Berkuasa..adalah salah tanggungjawab kite utk mmpercayainya..s0,di akhir2 zaman nie,sama2 la kite saling ingat mngingati...

Suatu persoalan yg aku pun terpikir bila terbaca entri dr blog yg lain...pers0alan brkaitan hari kiamat, utk insan yg cetek ilmu mcm diri ini..masih mencari2 akan kebenaran...

Kiamat, pengakhiran kepada segala yang ada di alam ini seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Dan untuk menghampiri kiamat ini, sudah dinyatakan tanda-tanda kecil dan juga tanda-tanda besar.


Ada dua persoalan yang berlegar dipikiran aku yang sebenarnya sehingga kini aku belum jumpa jawapannya. Oleh kerana ini berkaitan agama, bukan sewenang-wenangnya hendak mengeluarkan kenyataan. Sebab itu entri aku ini lebih kepada persoalan..:)

Setahu aku, kiamat ini berlaku serentak di seluruh alam semesta. Bukan bermula dari timur ke barat, atau barat ke timur. Akan tiba waktu itu, seluruh alam akan bergoncangan, hancur, bintang berguguran. Disebabkan itu, point berikut yang berlegar di pikiran aku.


1. Kiamat berlaku pada hari jumaat

Rasanya ini semua orang tahu. pengakhiran akan berlaku pada hari kiamat. Apa yang aku terpikirkan, di tempat manakah ketika hari jumaat ini kiamat berlaku.

Kerana kita tahu, kita ada timur dan barat, Kalau negara di timur sudah masuk hari Rabu, negara di barat masih lagi hari Selasa. Jadi, kalau di suatu tempat yang berlaku kiamat, pada hari jumaat. Mungkinkah ada satu tempat yang lain kiamat akan berlaku pada hari khamis ataupun sabtu.? atau macam mana.? Aku tidak tahu..


2. Matahari terbit dari barat ke timur

Hampir sama kes seperti di atas, tetapi ini lebih jelas kerana ianya melibatkan objek, Matahari. Kiamat akan berlaku apabila matahari terbit dari barat ke timur.

Pada pengetahuan aku yang cetek ini, itu bermakna apabila anda bangun pagi, anda akan saksikan matahari akan terbit dari barat. Aku tidak tahu bagaimana korang pikir untuk kes ini.


Ketika anda bangun pagi seperti biasa, matahari terbit dari timur ke barat, tetapi banyak lagi di tempat lain, pada masa itu sebenarnya matahari sudahpun terbit, mungkin tengah hari atau sudahpun hampir malam, sedangkan pada waktu anda, pada masa itu matahri baru hendak terbit.

Kalau kiamat berlaku dengan matahari terbit dari barat ke timur, bermakna ada tempat yang akan menunjukkan matahari sudah keluar, tetapi selepas itu akan terbalik pergerakannya. Contohnya jika tempat itu sudah pun hendak menjangkau tengah hari, kiamat berlaku, matahari akan reverse dari 'tengah hari kepada pagi' dan di satu tempat matahari akan terbit dari barat ke timur.Aku pun masih belum tahu apa-apa penjelasan tentang hal ini.

Perkara tentang kiamat semestinya menimbulkan begitu banyak perbahasan semua orang. Dari kes dajjal, yadjud dan makjud, teori bagaimana bumi hancur, teori alam hancur dan pelbagai lagi yang semestinya menjadi misteri. Walau apapun, ianya tetap akan berlaku dan hint sudah diberi...

Dan seperti aku katakan tadi, untuk dua persoalan di atas, aku tidak tahu jawapannya... mari kite mencari jawapan buat kesedaran diri kita yg lemah lg hina di sisi- Nya...

Friday, April 29, 2011

daku kembali...

Assalamualaikum......


Ahkirnye ade jgk kesempatan utk aku update blog nie, klu x brkurun2 la xbkk blog nie..huhu
kembali utk mncoret moret serba sedikit pengalaman serta kenangn aku buat masa nie...
Pejam celik terkebil2 skrg dah 2011, aku skrg pun hampir tamat study di utm skudai nie..tinggal lg 2 minggu lebey kurg je kat sini...lepas nie msk plak alam pekerjaan! xsabar pon ade..tp biase la,sedey k0t nk tingglkn zaman stdy nie..zaman muda remaje..huhu
Moge dipermudahkan la segala urusan slps nie..m0ge dapat keje yg terbaik utk diri yg xberape nk power nie..semua urusan dan takdir dr Allah, kite hny leh brusaha n tawakal kan..
So, selama 4 thn ak kat utm skudai nie..kompem la mcm2 kenangn manis pahit masam tawar sume ade kan..tp malang nye ak xupdate plak dlm blog nie, bukan utk sape2..utk diri sindri jgk nnt dah tua nk bace ker..ank bini nk tau jgk ker..
InsyaAllah, ade kesempatan aku cecite la segala kenangn n kisah insan yg brgelar trex nie...
Buat sahabat teman blog@facebo0k yg baru knl or mmg dah lama knl...moge prsahabatan diredhai kekal selamanya..saling brk0ngsi ilmu dunia mahupun akhirat ok??! salam....

Petunjuk Allah buat manusia akhir zaman...
















"Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian"


Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


"ya Allah,Engkau ampunkanlah dosa-dosa ku,
kedua ibu bapaku,
sahabat handaiku
serta
semua hambaMu di dunia ini mahupun yang telah meninggal dunia.
AMIN YA RABBALALAMIN "















P/S : nota ini adalah keratan email yang ditulis oleh seorg hamba Allah. sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi kepada yang lain. hal-hal sebegini memang tidak boleh dipermainkan. keratan berita tersebut tidak disertakan. tapi kalau tak benar sekalipun,sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua. dah banyak petanda yang dah jadi di sekeliling kita kan. sama-sama kita sediakan amalan secukupnya. kiamat tu pasti. percaya atau tidak,alpa atau sedar,jangan tinggal amalan yang disuruh oleh Allah. jangan terlalu ghairah dengan duniawi sahaja.

Thursday, April 21, 2011

Doa Untukmu Kekasih





















Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...


Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...


Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan periharalah aku dari kekecewaan...


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...


Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...


Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.






















Ciri Orang Yng Mencintai...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


“ Pernah adakah orang yang berbuat perkara 'sengal2' seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut. :) Nanti menyesal tak sudah :P ''





Ir.shah19

Ir.shah19