Wednesday, July 22, 2009

~ UTM : Aeronautical Students










~ gambar class aku..
( time 2nd year...)








      ~ candid pictures



      ~ bdk2 mec. aero yg tramat semp0i..

      huhu ...







      ~ jejake2 idaman ( bakal enggineer tue...)












      ~ sempat brgambr s0lo..haha

      ( xde sape kacau..)









      ~ UTM : Desaru Trip...~


      Tahun 1, 2nd sem...
      sume bdk k0s aero n marin khususnya dan ade ckit2 bdk2 kos lain..
      trip ke desaru ( bt. layar ) after final exam..lps tensen k0nonnye..huhu
      ade yg brt0lak naik kete n ade yg brk0nvoi naik moto..




      Permandangan indah ketika matahari trbenam di pntai bt. layar..... ( cantik seyh..)








      Aktiviti wajib bebudak laki bl nmpk air..
      mandi manda, xlupe juge maen b0la sepak pantai...

      enj0y giler ar..huhu





      Brgmbr kenangan b4 pulang...

      Aktiviti plng semp0i bdk2 mechnical UTM....











      ~ mEmoRIes..Tasek Temenggung...~



      All my friends, all the photos have been uploaded. Check this out http://picasaweb.google.com/weetameal/GatheringTripToTasikTemengor#

      ~ reuni0n - Tasek Temenggung....~

      Jam 10 pg ak,iman n najmi brtolak dr taiping.. singgah kat Padang Rengas amik bayern..
      Bandar diraja kuala kangsar menjadi destinasi pertama kami sebelum bermulanya perjalanan ke gerik. Kami semua berkumpul sementara menanti rakan- rakan yang lain. Mengisi perut yang berkerocong di Lembah. Masing-masing bertukar-tukar cerita.
      Masing-masing sudah nampak perubahan.
      Rombongan kami dengan 3 buah kenderaan memulakan perjalanan ke gerik. Setelah 1 jam lebih kami sampai dihentian gerik, menanti din,arip dan bert. Hilang penat ketika perjalanan tadi dengan hilai tawa dari rakan-rakan yang lain.


      Bdk2 pompuan ni terus ke rumah din sementara bdk2 laki ke kedai makan,mengisi perut mereka.(memang kuat makan betul).

      Setelah semua sudah sedia…
      kami menempuh perjalanan ke jeti yag memakan masa 45 minit…sepanjang perjalanan bermacam-macam karenah yang boleh dilihat…dengan jalan kurang elok kondisinya….dengan habuk….dengan tahi2 yg bertaburan di jalan(tak tau lar tahi gajah ke tahi lembu).


      Tapi itu semua tak patah kan semangat untuk kami meneruskan perjalanan.
      Setibanya dijeti, kami dibawa menaiki bot ke pulau yang di namakan pulau TNB. Dari jeti ke pulau TNB ambil masa lebih kurang 20 minit. Setelah sampai…terdengar lah keluhan dari mereka2 yang tidak pernah renggang dengan telefon bimbit….
      "coverage x da"…huhu


      Aktiviti pertama membersihkan sekitar pulau….tempat tidur…serta membasuh periuk belanga di dapur (paham2 je lar sape yg kne ye….)


      Makanan petang kami disediakan pakcik yg turut serta…"mee hailam"..
      sedap gak lar pakcik ni masak…selesai makan …aktiviti bdk2 laki ni terjun tasik…walaupun bdk2 pompuan ni…xturut serta..tp dari kejauhan dah dengar betapa seronoknya bdk2 laki berendam kat tasik 2…haha


      Setelah mempersiapkan diri…bdk2 laki ni sume membantu bert membakar ayam…pelik jugak bdk2 pompuan ni tgk bert x berendam macam boyfriend2 yg lain…rupe2nye…die takut air…hehehehe…(jangan marah ye bert)…

      Hidangan kami malam ni…ayam dan ikan bbq + mee goreng manis…sedap lar gak…kecoh gak lar time nk sediakan makan malam…bermacam-macam karenah yg leh nampak..antaranya..boyfriend2 yg masuk dapur nk masak…hehehe…
      apapun..sedap..
      Kami menikmati makan malam bersama dengan gelak ketawa…bermacam- macam cerita yg keluar..termasuk lar mengimbau kenangan masa sekolah dulu…betul kata org..sedewasa mane pn kite semua…pasti ingatan tetap pada masa lampau..

      Selesai menikmati makan malam…kami memulakan perbincangan…antara isu yang berbangkit…nk mengatasi masalah kepuakkan dalam batch…jubli perak semesti…blog batch…dan lain2 perkara berbangkit…tak kurang jugak acara2 mengenakan sebahagian kami…
      (aq antara mangsa yg terkena…adus…)


      Jam 12 malam…masing2 melakukan hal sendiri…ade yg sudah lena dibuai mimpi…ade gak bermain…xtau lar game ape yg diorang ni main…
      dah macam kira matematik je…
      dan ade jugak mereka2 yg tetibe hilang dari pandangan….(hehehehe…cube lar teka sape…)

      Kira2 jam 4 pagi…suasana menjadi sunyi sepi....masing2 enak dibuai mimpi…ade juga yang berjaga melayan pagi yang hening….jam menghampiri 7..masing2 menunaikan subuh…selesai tunai kewajipan…
      bdk2 pompuan ni turun tasik…konon2 nk tgk matahari terbit…(tp xnampak lagi)…sementara bdk2 laki menyambung mimpi mereka..nyenyak tido dengan angin pagi…


      Hidangan pagi kami…cucur ikan bilis…ade antara bdk2 laki ni dah bangun(jangan terkejut…moja bangun awal ye…)
      ade gak bdk laki2 ni yg agak liat nak bangun pagi…bile di ajak mandi tasik…sorang demi sorang bangun…(leh plak bangun ye…)

      Aktiviti wajib bdk2 laki mandi tasik…tapi sebelum 2 mereka semua naik bot keliling tasik…
      riuh rendah mereka berendam kt tasik 2 kedengaran…
      selesai menyiapkan diri masing2..kami semua duduk bersama menikmati makan pagi…”cucur ikan bilis + nasi goreng”…tak lengkap kalo xde sesi mengenakan orang…ditambah dengan gelak ketawa…

      Apabila menjangkau tengahari…kami berkemas2 untuk pulang…membersih sekitar kawasan
      sebelum pulang…acara bergambar beramai2.. agak keberatan nak tinggalkn pulau tersebut…banyak kenangan kami disana walaupun jangka masa yang pendek…


      Bergilir2 menaiki bot yang dipandu sendiri din…kami sampai di jeti…keseronokan jelas tergambar dimuke masing2 setelah dapat berhubung dengan dunia luar…
      (hp dah ade coverage…hehehehe)..
      kami bertolak ke rumah din menikmati makan tengahari…

      Makan tengahari kami…”kari ayam + telur dadar + ulam2 +sambal belacan(boleh tahan lar pedasnya) + sirap limau…” selesai makan…acara perpisahan…(huhuhuhuhu…)

      ~Bdk2 laki = bana,din,bert,arip,moja,kengkang,paktam,cbot,trex,iman,nami,abal,buncho,
      bayern…
      ~Bdk2 pompuan = Manaal,carl,bern,jawang

      Semoga tatapan cerita ini dapat mengimbau kenangan kita bersama…dan buat mereka yang tidak dapat menghadirkan diri…kehadiran anda semua dimasa hadapan di alu-alukan bagi memeriahkan lagi serta mengeratkan lagi hubungan kita yang agak renggang…

      ~ sEoRnG gAdIs ~


      Seorang gadis itu...
      Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ...
      telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


      Seorang gadis itu ...
      hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ...
      cinta untuk dirasa ...
      namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ...
      ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ...
      begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


      Seorang gadis itu ...
      teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ...
      dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


      Seorang gadis itu ...
      bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ...
      bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


      Seorang gadis itu ...
      bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ...
      seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ...
      kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ...
      bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


      Seorang gadis itu ...
      perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ...
      dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ...
      dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia .
      Pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


      Seorang gadis itu ...
      melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


      Seorang gadis itu ...
      yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ...
      dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...
      kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ...
      perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ...
      dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan...seorang gadis itu ...
      anugerah istimewa kepada dunia!


      Seorang gadis itu ...
      tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ...
      anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ...
      kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


      Seorang gadis itu ...
      moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ...
      seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
      Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ...
      menuju cintaNYA yang ABADI

      ~JALAN INI YANG KUPILIH~


      Telah kupilih jalanMu
      Jalan yang mendekatkan aku padaMu
      Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
      Dan aku yakin sebenar-benarnya
      Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan


      Namun Tuhan,
      Ampuni aku,
      Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
      Terlalu pahit untuk ditelan
      Tapi terus-terusan aku gagahkan
      Demi menggapai cintaMu Yang Esa


      Bantulah aku Tuhan
      Jika rinduku ini imaginasi syaitan
      Dan kuminta ia dilenyapkan
      Andai kasihku berlandaskan nafsu
      Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku


      Tolonglah aku Tuhan
      Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
      Agar aku takkan pernah dahagakan
      Cinta dari insan yang tak halal bagiku
      Teguhkan kasihku untukMu
      Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
      Yang menjadi hijab di antara kita


      Tetapkan langkahku di jalan ini
      Gagahkan aku Tuhan
      Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
      Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
      Tetapku pinta ia karam
      Jika belayar ia di lautan dosa


      Dan kumohon Tuhan
      Damaikanlah ombak di hati
      Walaupun ribut datang mengundang
      Kasihku diikat di dasar Rabbi
      Kerana ianya lumrah ujian..


      Dan akan kuterus tekadkan janji
      Kerana telah kupilih jalanMu.......

      Friday, July 10, 2009

      DOA senjata umat islam



      Salam..

      Kita adalah makhluk, kita punya Tuhan, Allah yang Maha Esa. Maka, berdoalah tanda kita meyakini kekuasaan Allah yang Maha Kuasa. Hari ini, aku terlalu banyak meyakini bahawa segala-galanya aku boleh lakukan sendiri, namun tertanya aku tidak punya kuasa. Malah sedikit pun aku tidak berkuasa di atas muka bumi ini.

      Kembalilah kepada Tuhan, sesungguhnya ibadah yang paling afdhal ialah mengharap hidayah petunjuk dari Allah. Oh, Engkaulah Tuhanku yang Maha Agung dan Maha Suci.

      Pabila berdukacita, berceritalah kepadaNya. Sesungguhnya, Dia tahu apa yang cukup buat hati ini. Luangkan masa, dan berzikir.
      "iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram" surah arRa'd:28.

      "Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya." alNaml:62.

      Tidak lupa juga, di samping berdoa, tingkatkan ketaatan kita kepada Allah. Supaya terjaga hubungan kita kepadaNya.
      "Maka apabila mereka naik kapal mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya" surah alAnkabut:65.

      Marilah berdoa wahai manusia, tingkatkan keyakinan kita kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
      "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu"alMukmin:60.

      insyaAllah, wallahua'lam.
      "maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." alKahfi:29

      semoga Allah melindungi kita dari kekafiran. Amin~
      "Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." surah Thaha:124

      Allah Maha Mengasihani



      Seorang sahabat yang bernama Zaid Alkhair bersusah payah datang dari jauh semata-mata hendak berjumpa dan bertanyakan kepada Nabi Muhammad satu soalan yang beliau ingin mengetahuinya. Soalan itu adalah apakah tanda-tanda yang Allah itu kasihkan kita.

      Selepas itu beliau menemui Nabi Muhammad dan mengajukan soalan itu, Nabi Muhammad terlebih dahulu bertanya kembali kepadanya,"Apakah yang terlintas dalam fikiran saudara apabila saudara bangun daripada tidur? Apakah yang saudara ingat pada setiap masa dan sebagainya?"

      Lalu dijawab oleh Zaid dengan penuh kejujuran, "Saya sentiasa memikirkan kebaikan, sentiasa mengingati kebaikan dan suka kepada orang yang melakukan kebaikan dan sekiranya boleh, saya akan sentiasa melakukan segala kebaikan sepanjang hidup saya."

      Kemudian Nabi menjawab, "Ya! Itulah tanda orang seperti itu dikasihi oleh Allah. Sebaliknya apabila seseorang itu sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti itu dibenci Allah."

      Ir.shah19

      Ir.shah19