Wednesday, July 22, 2009

~ reuni0n - Tasek Temenggung....~

Jam 10 pg ak,iman n najmi brtolak dr taiping.. singgah kat Padang Rengas amik bayern..
Bandar diraja kuala kangsar menjadi destinasi pertama kami sebelum bermulanya perjalanan ke gerik. Kami semua berkumpul sementara menanti rakan- rakan yang lain. Mengisi perut yang berkerocong di Lembah. Masing-masing bertukar-tukar cerita.
Masing-masing sudah nampak perubahan.
Rombongan kami dengan 3 buah kenderaan memulakan perjalanan ke gerik. Setelah 1 jam lebih kami sampai dihentian gerik, menanti din,arip dan bert. Hilang penat ketika perjalanan tadi dengan hilai tawa dari rakan-rakan yang lain.


Bdk2 pompuan ni terus ke rumah din sementara bdk2 laki ke kedai makan,mengisi perut mereka.(memang kuat makan betul).

Setelah semua sudah sedia…
kami menempuh perjalanan ke jeti yag memakan masa 45 minit…sepanjang perjalanan bermacam-macam karenah yang boleh dilihat…dengan jalan kurang elok kondisinya….dengan habuk….dengan tahi2 yg bertaburan di jalan(tak tau lar tahi gajah ke tahi lembu).


Tapi itu semua tak patah kan semangat untuk kami meneruskan perjalanan.
Setibanya dijeti, kami dibawa menaiki bot ke pulau yang di namakan pulau TNB. Dari jeti ke pulau TNB ambil masa lebih kurang 20 minit. Setelah sampai…terdengar lah keluhan dari mereka2 yang tidak pernah renggang dengan telefon bimbit….
"coverage x da"…huhu


Aktiviti pertama membersihkan sekitar pulau….tempat tidur…serta membasuh periuk belanga di dapur (paham2 je lar sape yg kne ye….)


Makanan petang kami disediakan pakcik yg turut serta…"mee hailam"..
sedap gak lar pakcik ni masak…selesai makan …aktiviti bdk2 laki ni terjun tasik…walaupun bdk2 pompuan ni…xturut serta..tp dari kejauhan dah dengar betapa seronoknya bdk2 laki berendam kat tasik 2…haha


Setelah mempersiapkan diri…bdk2 laki ni sume membantu bert membakar ayam…pelik jugak bdk2 pompuan ni tgk bert x berendam macam boyfriend2 yg lain…rupe2nye…die takut air…hehehehe…(jangan marah ye bert)…

Hidangan kami malam ni…ayam dan ikan bbq + mee goreng manis…sedap lar gak…kecoh gak lar time nk sediakan makan malam…bermacam-macam karenah yg leh nampak..antaranya..boyfriend2 yg masuk dapur nk masak…hehehe…
apapun..sedap..
Kami menikmati makan malam bersama dengan gelak ketawa…bermacam- macam cerita yg keluar..termasuk lar mengimbau kenangan masa sekolah dulu…betul kata org..sedewasa mane pn kite semua…pasti ingatan tetap pada masa lampau..

Selesai menikmati makan malam…kami memulakan perbincangan…antara isu yang berbangkit…nk mengatasi masalah kepuakkan dalam batch…jubli perak semesti…blog batch…dan lain2 perkara berbangkit…tak kurang jugak acara2 mengenakan sebahagian kami…
(aq antara mangsa yg terkena…adus…)


Jam 12 malam…masing2 melakukan hal sendiri…ade yg sudah lena dibuai mimpi…ade gak bermain…xtau lar game ape yg diorang ni main…
dah macam kira matematik je…
dan ade jugak mereka2 yg tetibe hilang dari pandangan….(hehehehe…cube lar teka sape…)

Kira2 jam 4 pagi…suasana menjadi sunyi sepi....masing2 enak dibuai mimpi…ade juga yang berjaga melayan pagi yang hening….jam menghampiri 7..masing2 menunaikan subuh…selesai tunai kewajipan…
bdk2 pompuan ni turun tasik…konon2 nk tgk matahari terbit…(tp xnampak lagi)…sementara bdk2 laki menyambung mimpi mereka..nyenyak tido dengan angin pagi…


Hidangan pagi kami…cucur ikan bilis…ade antara bdk2 laki ni dah bangun(jangan terkejut…moja bangun awal ye…)
ade gak bdk laki2 ni yg agak liat nak bangun pagi…bile di ajak mandi tasik…sorang demi sorang bangun…(leh plak bangun ye…)

Aktiviti wajib bdk2 laki mandi tasik…tapi sebelum 2 mereka semua naik bot keliling tasik…
riuh rendah mereka berendam kt tasik 2 kedengaran…
selesai menyiapkan diri masing2..kami semua duduk bersama menikmati makan pagi…”cucur ikan bilis + nasi goreng”…tak lengkap kalo xde sesi mengenakan orang…ditambah dengan gelak ketawa…

Apabila menjangkau tengahari…kami berkemas2 untuk pulang…membersih sekitar kawasan
sebelum pulang…acara bergambar beramai2.. agak keberatan nak tinggalkn pulau tersebut…banyak kenangan kami disana walaupun jangka masa yang pendek…


Bergilir2 menaiki bot yang dipandu sendiri din…kami sampai di jeti…keseronokan jelas tergambar dimuke masing2 setelah dapat berhubung dengan dunia luar…
(hp dah ade coverage…hehehehe)..
kami bertolak ke rumah din menikmati makan tengahari…

Makan tengahari kami…”kari ayam + telur dadar + ulam2 +sambal belacan(boleh tahan lar pedasnya) + sirap limau…” selesai makan…acara perpisahan…(huhuhuhuhu…)

~Bdk2 laki = bana,din,bert,arip,moja,kengkang,paktam,cbot,trex,iman,nami,abal,buncho,
bayern…
~Bdk2 pompuan = Manaal,carl,bern,jawang

Semoga tatapan cerita ini dapat mengimbau kenangan kita bersama…dan buat mereka yang tidak dapat menghadirkan diri…kehadiran anda semua dimasa hadapan di alu-alukan bagi memeriahkan lagi serta mengeratkan lagi hubungan kita yang agak renggang…

No comments:

Post a Comment

Ir.shah19

Ir.shah19