
Seorang sahabat yang bernama Zaid Alkhair bersusah payah datang dari jauh semata-mata hendak berjumpa dan bertanyakan kepada Nabi Muhammad satu soalan yang beliau ingin mengetahuinya. Soalan itu adalah apakah tanda-tanda yang Allah itu kasihkan kita.
Selepas itu beliau menemui Nabi Muhammad dan mengajukan soalan itu, Nabi Muhammad terlebih dahulu bertanya kembali kepadanya,"Apakah yang terlintas dalam fikiran saudara apabila saudara bangun daripada tidur? Apakah yang saudara ingat pada setiap masa dan sebagainya?"
Lalu dijawab oleh Zaid dengan penuh kejujuran, "Saya sentiasa memikirkan kebaikan, sentiasa mengingati kebaikan dan suka kepada orang yang melakukan kebaikan dan sekiranya boleh, saya akan sentiasa melakukan segala kebaikan sepanjang hidup saya."
Kemudian Nabi menjawab, "Ya! Itulah tanda orang seperti itu dikasihi oleh Allah. Sebaliknya apabila seseorang itu sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti itu dibenci Allah."
No comments:
Post a Comment